Ketepikan Fahaman Politik Untuk Kepentingan Dakwah – Jamawi

jamawi-2.jpg

Jamawi (tengah) bersama rombongan Belia USIA mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian penduduk di kampung tersebut.

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

BELURAN: Pemimpin akar umbi dingatkan agar mengetepikan sebarang perbezaan fahaman politik untuk membuka laluan kerjasama dalam gerakan dakwah serta isu membabitkan kepentingan umat Islam.

Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Belia USIA) Jamawi Jaafar berkata institusi agama perlu dipelihara dan bebas daripada unsur politik kerana campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama cuma mendatangkan keburukan dan perpecahan ummah.

“Kita wajar mengetepikan perbezaan politik, khususnya dalam hal yang melibatkan kepentingan agama, pendidikan dan membantu orang miskin. Jangan disebabkan individu itu pengerusi surau dan tidak sealiran (fahaman) politik misalnya, kita tidak mahu terlibat dalam program yang dianjurkan.

Jamawi ketika berucap merasmikan program tersebut

“Umat Islam perlu bersatu padu dan memandang ke hadapan dalam menegakkan syiar Islam di negara ini sekali gus menjadi model kepada masyarakat Islam sedunia” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Mahabah Belia USIA Pusat Ke Kampung Keniogan Beluran dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Naib Ketua Belia USIA Pusat Jamlie Suntang, Penolong Setiausaha Belia USIA Pusat Imam Mohd Taslim Tahir, Penolong Bendahari Belia USIA Pusat Azman Jantan, Ketua Belia USIA bahagian Beluran Haji Lokman Datuk Haji Madlis dan Ketua Kampung Keniogan Haji Aziz Datuk Haji Madlis.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) usaha untuk memperkukuhkan syiar Islam bukan hanya terletak pada majlis atau jabatan agama Islam sahaja namun ianya perlu kerjasama dari semua pihak termasuk badan-badan NGO Islam serta masyarakat Islam umumnya.

Dalam pada itu Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia mengingatkan golongan belia khusunya di kampung tersebut agar merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri dengan mengambil pelbagai peluang yang disediakan kerajaan sebagai usaha meningkatkan ilmu pengetahuan

Katanya, golongan belia perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Beliu berkata golongan belia boleh merujuk kepada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat Mara, Pusat Latihan Pertanian dan lain-lain agensi yang ada menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan minat agar boleh membantu para belia meningkatkan ilmu serta kemahiran yang ada.

Mengenai program tersebut Jamawi berkata ianya dilaksanakan bertujuan mengakarumbikan gerakan dakwah bukan sahaja di kalangan golongan belia tetapi juga masyarakat Islam setempat.

“Agak lama Belia USIA tidak dapat melaksanakan program seperti ini ekoran kekangan pandemik Covid-19, namun kita bersyukur keadaan semakin pulih bagi membolehkan kita turun padang bersemuka dengan masyarakat Islam dan program ini akan kita teruskan ke lain lain bahagian,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena program tersebut antaranya forum agama, sukaneka dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top