KESUMBA UMS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

meruntum-kesumba-735x400-1.jpg
Kongsi Bersama

Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan melalui Misi Bantuan Prihatinkepada mangsa kebakaran Kg Meruntum, Putatan.

Kejadian pada 15 Mei lalu melibatkan 45 Ketua Isi Rumah (KIR) dan telah memusnahkan 35 buah rumah penduduk.

Sebelum ini pelbagai pihak telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian.

Terbaru, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan ikhlas melalui Misi Bantuan Prihatinbagi meringankan bebana mangsa yang terlibat.

Penyampaian sumbangan berupa wang ringgit disempurnakan Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Dr. Suraya Sintang kepada Ketua Kampung, Mohd Alias Yusuf, di sini.

Menurut Suraya, penyerahan itu dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian penularan wabak Covid-19.

“Saya ucapkan salam takziah kepada penduduk yang terlibat, semoga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban,” katanya.

Suraya memaklumkan, KESUMBA sentiasa melaksanakan aktiviti sosial dan kebajikan kepada masyarakat sama ada dalam kampus atau di luar kampus selaras dengan matlamat kelab tersebut.

“Justeru, sumbangan kali ini juga merupakan salah satu usaha yang kita lakukan untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah,” jelasnya.

Hadir sama Pemegang Akaun Amanah KESUMBA, Norti Sirin; Timbalan Setiausaha Kehormat, Dayangku Masniah Madaud; Ketua Puteri KESUMBA, Lydia Hurgerty Felix; dan wakil pemaju masyarakat Kampung Meruntum, Syed Arizal Karim. –Berita Sabah

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top