Kesesakan Banduan Penjara Di Sabah Terkawal

Penjara-Pusat-Kota-Kinabalu-Penjara-Kepayan-gambar-penjara-gov_1.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Isu kesesakan banduan penjara di Sabah masih lagi terkawal biarpun telah melebihi kapasiti ditetapkan.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata, masalah kesesakan banduan di Sabah tidak begitu ketara dan masih lagi terkawal.

Itu sebabnya program pemulihan komuniti amat digalakkan bagi pesalah yang menjalani hukuman ringan.

Kita berharap agar mahkamah menggunakan hukuman alternatif Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi menggantikan hukuman penjara untuk kesalahan-kesalahan yang kecil.

Penjara melibatkan kos dan untuk menjaga seorang pesalah adalah satu beban kepada kerajaan untuk memberi makanan, tempat tinggal dan kemudahan dalam penjara.

Namun, jika mahkamah menjatuhkan hukuman PKW iaitu hukuman alternatif maka, kita dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan,” katanya selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama Khidmat Komuniti antara Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang isu kesesakan penjara di Sabah yang sebelum ini mencapai angka dua kali ganda daripada kapasiti ditetapkan.

Menurut Ibrisam, RM50 sehari diperlukan bagi perbelanjaan seorang banduan termasuk makan minum. Maka, diharap mahkamah boleh memikirkan hukuman alternatif terhadap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan kecil dengan menjalani khidmat komuniti menerusi PKW.

Sejak 2012 hingga 2022, seramai 974 orang pesalah telah menjalani hukuman khidmat komuniti tanpa perlu dipenjarakan.

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Penjara Nora Musa berkata, ketika ini jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Kota Kinabalu adalah lebih 2,000 banduan dan ia telah berkurang 30 peratus berbanding semasa pandemik Covid-19.

Peratus kesesakan khususnya di Kota Kinabalu lebih daripada muatan tapi masih dalam keadaan terkawal berbanding semasa zaman Covid-19.

Keadaan ini banyak disokong oleh program pemulihan dalam komuniti yang membabitkan banduan yang cukup syarat dikeluarkan lebih awal dari penjara untuk menjalani khidmat komuniti melalui sistem parol mahupun pembebasan berlesen. Tindakan sebegitu dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara,” katanya.-Utusan

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top