Kesejahteraan ekonomi keutamaan buat rakyat Sabah – Salleh

SSK-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat rakyat Sabah amat mengutamakan kesejahteraan ekonomi dan bukan terlalu mementingkan pembentukan blok politik.

Beliau berkata kesejahteraan ekonomiterserlah melalui peningkatan pendapatan, peningkatan kualiti hidup penduduk di kawasan  luar bandar, pewujudan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi baharu, kemajuan dalam kesihatan dan kebajikan sosial, dan pembangunan kuasa elektrik.

Salleh berkata istilah “Borneo Bloc”—sebuah pakatan politik antara Sabah dan Sarawak—dilaung-laungkan oleh segelintir pemerhati dan penganalisis politik baru-baru ini.

“Pandangan sebegini seolah-olah ia (Borneo Bloc) hanya bertujuan untuk mengukuhkan kuasa politik, bukan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Oleh itu, Salleh yang juga ADUN Usukan mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak membiarkan diri mereka diperdayakan oleh mana-mana pihak untuk percaya bahawa Borneo Bloc boleh menjadi “kingmaker’ dalam arena politik.

“Saya percaya rakan-rakan kita di Sarawak mempunyai pendapat yang sama. Kita wajar gembleng sumber dan usaha kita untuk kesejahteraan rakyat, bukan kepada blok politik semata-mata,” katanya. – Jesselton Times

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top