KOTA KINABALU: PAS Sabah dengan kerjasama PAS Sepanggar telah melancarkan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Sabah kelmarin.
Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, pelbagai program sudah dan akan dilaksanakan di semua kawasan seluruh Sabah khususnya menyantuni dan menziarahi masyarakat Cina dan juga tokong di setiap kawasan.
“Selepas majlis pelancaran, kami mengedar buah limau kepada masyarakat Cina sekitar Taman Canggih, Kota Kinabalu.
“Kemudian kami menziarahi serta menyantuni pihak pengurusan Tokong Puh Toh Si dan kami dibawa masuk melawat sekitar tokong tersebut,” ujar beliau yang juga ADUN dilantik.
Menurut beliau lagi, program diakhiri dengan melawat serta menyampaikan limau dan kek di Chinese Temple Jalan Tuaran.
“Hasrat kami dari PAS Sabah, marilah sama-sama kita menjadi ejen kepada keamanan dan keharmonian. Kunci kejayaan kita adalah perpaduan dan kesatuan,” katanya.