Kes tembak Kunak: Seorang suspek dikenal pasti dalam senarai dikehendaki ESSCOM

Victor-Sanjos.jpg

Datuk Victor Sanjos

Kongsi Bersama

TAWAU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mengenal pasti seorang daripada tiga suspek lelaki yang menembak anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Kunak kelmarin, berada dalam senarai dikehendaki ESSCOM.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata suspek yang dikenal pasti itu, disahkan oleh saksi mata yang juga pegawai yang terlibat dalam insiden anggota maritim berbalas tembakan dengan penjenayah, di perairan Kunak.

“Sudah tentu (suspek) dalam senarai dikehendaki kita, yang dalam senarai ini bukan warganegara, kita sudah kenal pasti kerana itu usaha menjejaki serta membuat tangkapan sedang dijalankan, kita gembeleng semua aset untuk gerak kerja dan mengesan semua suspek terlibat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Victor hadir ke Hospital Tawau bersama Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin bagi melawat Bintara Muda Maritim Maritim Malaysia Zainal Abad Komel, 45, yang disahkan buta kekal mata sebelah kiri.

Dalam pada itu, Victor berkata identiti dua lagi suspek belum dikenal pasti.

“Mereka ini buat jenayah, ini buat duit, mereka tahu ramai penduduk akan menyambut raya ramai juga penduduk pulau ke tanah besar untuk beli barang dan sebagainya, saya percaya dengan aktiviti perjalanan sedemikian peluang menyamun itu ada.

“Kebetulam rondaan dibuat oleh kapal maritim Banggi 48, jadi terserempak penjenayah,” katanya lagi.

Victor berkata pihaknya bergabung kepakaran bersama Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, untuk mengesan kesemua suspek.

Kelmarin media melaporkan dua anggota Maritim Malaysia yang dalam tugasan Ops Khas Pagar Laut cedera ditembak, selepas menghampiri sebuah bot untuk melakukan pemeriksaan, namun empat das tembakan dilepaskan dari bot berkenaan ke arah bot maritim.

Kejadian 8.30 pagi di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi di Kunak itu, menyebabkan Zainal cedera di mata kiri manakala Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua belah tangan. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top