Kes Harian Covid-19 di Sabah Menurun ke 393, Hampir Semua Daerah Dalam Keadaan Terkawal

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 yang dikesan di Sabah pada Isnin menurun di bawah paras 400 kes iaitu 393.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu menunjukkan penurunan 54 kes berbanding angka pada hari Ahad.

“Hampir semua daerah menunjukkan keadaan yang terkawal walaupun terdapat pertambahan dalam jumlah yang kecil dibeberapa daerah.

“Kecuali Kota Kinabalu, jumlah kes harian di daerah-daerah lain di Sabah adalah dibawah paras 50, dengan 12 Daerah mencatat kurang daripada 10 kes. Malah tidak ada kes baharu yang dilaporkan di tiga daerah,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata daripada 393 kes yang dicatat hari ini, 45.5% (179 kes) adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hingga lima hari selepas keputusan saringan diketahui.

Beliau berkata kes-kes baharu yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu berjumlah 214 kes, yakni 54.5% daripada jumlah kes keseluruhan.

“Kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Jumlah kes dalam Kategori 3, 5 orang, Kategori 4, 2 orang dan Kategori 5, 3 orang.

“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, yaitu 320 orang (81.4%) dan Kategori 1, 60 orang (15.3%). Tiga kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top