Kes Denggi Di Sabah: KK Paling Terjejas

denggi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lapan kes denggi dilaporkan kelmarin, menjadikan jumlah terkumpul kes denggi di Sabah setakat ini sebanyak 3,662.

Kes baharu itu direkodkan di lima daerah iaitu, Tawau sebanyak tiga kes, Kota Kinabalu pula dua kes, manakala masing-masing satu di Sandakan, Tenom dan Sipitang.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christina Rundi, memaklumkan bahawa daerah Kota Kinabalu paling terjejas iaitu 930 kes, 572 kes di Tawau, 503 kes di Sandakan, Semporna mencatat 471 kes, Lahad Datu 364 kes dan Penampang 114 kes.

Tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes kekal iaitu sebanyak 15 kes.

Begitu juga wabak kolera, kekal 145 kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top