Kes curi wang dari akaun RM24.2 juta: Wanita direman tiga hari

kes-24-juta.jpg

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan hasil rampasan barang kes sindiket pengeluaran akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta di Menara KPJ, semalam. Seramai 14 individu disyaki terlibat sindiket ini ditahan termasuk pengurus bank dan kesemua suspek menerima wang komisen sekitar RM100 ribu hingga RM240 ribu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang wanita direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank, melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.

]Wanita berusia 40-an itu, merupakan suspek terbaharu direman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam.

Mahkamah yang sama turut membenarkan perintah reman terhadap 10 lagi suspek kes tersebut berusia 22 hingga 53 tahun, disambung selama tiga hari bermula semalam, setelah kesemua mereka direman pada Isnin (17 Jun).

Kelmarin, mahkamah turut membenarkan reman terhadap seorang suspek yang merupakan ahli perniagaan bergelar Datuk disambung selama tiga hari bermula Khamis, setelah direman pada Isnin.

Pada Rabu (19 Jun), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata 13 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan, bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata siasatan menunjukkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank, yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang kerana ia hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman bank.

Ramli berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, membabitkan beberapa akaun simpanan tetap. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top