Kes Covid-19 Meningkat Di Sabah, 38.2% Dari Penjara

penjara.jpg
Kongsi Bersama

Sebanyak 322 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah semalam, peningkatan 92 kes berbanding 230 kes semalam dengan 38.2 peratus daripadanya berpunca daripada dua kluster jangkitan di penjara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ia melibatkan Kluster Tembok Tawau di Penjara Tawau yang mencatatkan 97 kes positif baharu manakala Kluster Tembok Kota Kinabalu di Penjara Kepayan di sini merekodkan 26 kes.

“Hampir semua (kes positif dikesan) merupakan tahanan atau banduan yang sedang menjalani hukuman,” katanya menerusi satu kenyataan di Kota Kinabalu semalam.

Beliau berkata secara kumulatif, Sabah merekodkan sebanyak 70,229 kes COVID-19 hingga semalam manakala pesakit sembuh pula seramai 148 orang, menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu 67,757 orang.- Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top