Kes Covid-19 Di Sabah Dijangka Naik Mendadak

covid-19-saringan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah khususnya daerah Kota Kinabalu dijangka mencatat kenaikan mendadak kes baharu COVID-19 selepas hasil ujian saringan di dua lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperoleh nanti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata saringan masih dilakukan di Telipok dan Kampung Numbak.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih membuat saringan COVID-19 di penempatan Telipok dan Kampung Numbak yang mempunyai jumlah penduduk padat iaitu sekitar 21,000 orang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Masidi berkata, kadar pematuhan penduduk Sabah terhadap prosedur operasi standard (SOP) terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir mencapai seratus peratus.

“Kadar pematuhan SOP PKPB ialah 97.93 peratus yang mana empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Kinabatangan, Sipitang dan Kota Belud mencapai tahap kadar pematuhan sebanyak 99 peratus,” katanya.

Semalam Sabah mencatat sebanyak 346 kes baharu dengan sebanyak tiga kematian masing-masing membabitkan Keningau, Kudat dan Lahad Datu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top