Kes Baharu Di Sabah Melonjak Ke 3,361

Covid-19.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah melonjak semula hari ini kepada 3,361 kes berbanding 2,969 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, angka jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini adalah yang tertinggi setakat ini.

Menurut beliau, kes tiga angka yang tertinggi dicatatkan di daerah Kota Kinabalu dengan 782 kes, diikuti oleh Sandakan (374 kes), Tuaran (310), Tawau (263), Penampang (254), Papar (244), Lahad Datu (152), Beaufort (123), Kota Belud (122) dan Ranau (107) kes.

“Sebanyak 15 daerah lain mencatatkan kes pada dua angka dan 2 daerah pula mencatatkan kes satu angka,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Tambah beliau, kes-kes bergejala (simptomatik) kekal tinggi dengan 1,785 kes atau 53.11% daripada keseluruhan jumlah kes hari ini.

Sejumlah 18 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala yang lebih tinggi dan berkemungkinan daerah-daerah yang akan mencatatkan pertambahan kes baharu yang lebih tinggi, katanya, sambil menambah, kes-kes bergejala yang merebak secara simptomatik adalah tanda-tanda virus itu aktif dalam masyarakat dan akan merebak dengan cepat dan secara meluas.

“Jumlah kluster yang aktif di seluruh Sabah setakat ini ialah 36 kluster termasuk dua kluster baharu yang diisytiharkan hari ini.

“Sebanyak 26 daripada kluster-kluster ini adalah kluster yang melibatkan institusi pendidikan, enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster untuk kluster keagamaan dan kluster berisiko tinggi,” ujarnya.

Masidi berkata, dua kluster baharu diisytiharkan hari ini di Nabawan dan Kota Belud.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top