Kerusi PRU 15 Belum Muktamad, Masih Ada Ruang Untuk Rundingan – Ronald Kiandee

kiandee.jpg

Dr Rpnald Kiandee

Kongsi Bersama

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata semua pemimpin parti bebas mengeluarkan sebarang kenyataan, keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Sekalipun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan UMNO akan bertanding di 14 kerusi Parlimen, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun ia belum muktamad, masih ada ruang dan masa untuk rundingan semula.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata semua pemimpin parti bebas mengeluarkan sebarang kenyataan sebarang keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semua pemimpin politik Sabah bebas mengeluarkan kenyataan namun keputusan muktamad akan diputuskan oleh semua parti yang membentuk GRS secara bersama.

“Proses yang sama berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun lalu – di mana setiap parti mahu meletakkan calon masing-masing kerana yakin dengan kekuatan dimiliki mereka tetapi pada akhirnya GRS mencapai kata sepakat mengenai kerusi ditandingi setiap parti walaupun ada pertembungan sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, pula berkata Bung Moktar bebas mengeluarkan apa sahaja kenyataan namun parti lain juga berhak mempunyai pandangan berbeza.

“Kami mengambil maklum mengenai kenyataan dibuat oleh Bung Moktar adalah hak beliau. Namun, kami juga boleh mengeluarkan kenyataan bahawa STAR akan bertanding di 25 kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti.

“Tetapi, kita kena duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan segala pertikaian secara adil satu demi satu,” kata Jeffrey kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan tidak rasmi ke kediaman Kiandee semalam. –sabahkini2

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top