Kerusi KM Sabah: Dr Jeffrey Bakal Jadi ‘King Maker’?

JeffreyKitingan-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri Sabah dan wujud pertikaian calon Ketua Menteri, Datuk Jeffrey Kitingan dijangka bakal menjadi ‘kingmaker’ (penentu) kerusi tersebut.

Penganalisis politik Asia Tenggara, Bridget Welsh berkata wujud kemungkinan juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang merupakan pemimpin berpengaruh Kadazan Dusun Murut (KDM) itu bakal menduduki kerusi Ketua Menteri.

Malah, Bridget berpandangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor antara nama yang tidak boleh diketepikan selain Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Dari lapangan, kita dapati ada dua nama yang perlu disenaraikan dari kumpulan PN dan BN ini. Semestinya Hajiji, individu yang menjadi calon (Ketua Menteri) dari Bersatu, seorang yang kuat dan agak popular.

“Seorang lagi individu yang boleh mengisi kerusi itu adalah seseorang dari komuniti KDM, terutama dalam kalangan penyokongnya melihat kemungkinan Jeffrey Kitingan menjadi ‘kingmaker’ dan sekali gus menjadi Ketua Menteri.

“Jadi sekarang wujud persoalan yang jelas berkenaan pemimpin utama dalam kalangan PN dan BN ini,” katanya kepada Astro AWANI hari ini (semalam).

Malah, ujarnya pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi BN serta sekutunya perlu diselesaikan segera bagi mengelak sebarang permasalahan yang berpanjangan. -ASTRO AWANI/Foto: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top