Keruntuhan Jambatan Punca Jalan Tidak Dapat Dilalui

bung-6.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

SANDAKAN:  Jabatan Kerja Raya Sandakan akan melantik sebuah konsultan bebas bagi membuat kajian dan mereka bentuk jambatan baharu untuk jalan di Libaran Bypass  SPS2 ke Fulliwah Sandakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerosakan sebanyak dua kali jambatan yang dibina sebelum ini merupakan antara punca  utama jalan raya tersebut sehingga kini tidak dapat digunakan walaupun ianya telah disiapkan pada tahun 2014.

“Jalan raya ini sebenarnya tidak bermasalah, yang menjadi punca ia tidak boleh digunakan sehingga kini adalah masalah jambatan yang sudah dibina sebanyak dua kali  runtuh, justeru saya meminta jurutera daerah Sandakan mengambil tindakan susulan agar jambatan baharu dapat dibina,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di sini kemarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila Mokran Ingkat, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Juplin dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Sandakan Sim Pau Kiong.

Sebelum itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut meninjau projek jalan raya dan jambatan di Batu 25 Kampung  Sungai Monyet dan Kampung Sungai Dundulit .

Menurut Bung beliau difahamkan satu mesyuarat teknikal akan diadakan hari ini bagi membincangkan kaedah pembukaan jambatan lama yang runtuh dan tindakan  penyelesaian selanjutnya.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera bagi memastikan jalan raya ini boleh digunakan oleh pengguna yang dapat  menjimatkan masa perjalanan selain mengurangkan kadar  kesesakan yang berlaku bagi kenderaan yang bergerak ke bandar Sandakan dan lain-lain destinasi,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top