Kerjasama Politik: Kelebihan Untuk Warisan, Tetapi Tidak Untuk PBS – Penganalisis

Maximus-Ongkili-and-Shafie-Apdal.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat, Warisan bakal mendapat manfaat, tetapi tidak bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) sekiranya dua parti itu menjalin kerjasama politik.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, cadangan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk bekerjasama dengan PBS adalah langkah strategik bagi memperkasakan kedudukannya sebagai parti tempatan serta meraih sokongan masyarakat KDM.

Bagaimapun katanya, kerjasama itu amat berisiko kepada PBS yang mungkin menerima nasib sama seperti UPKO yang sebelum ini menyertai Warisan Plus.

”Sebelum ini UPKO yang bersama Warisan Plus dilihat sebagai parti yang mampu meraih sokongan komuniti KDM, tetapi akhirnya mereka ditolak pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

”Ia disebabkan oleh sentimen etno-nasionalisme yang kuat dalam kalangan KDM dan jika kerjasama (Warisan dan PBS) ini berlaku, ia memberi kelebihan kepada Warisan, namun mungkin merupakan ‘political suicide’ kepada PBS,” katanya kepada FMT.

Sementara itu Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, hasrat Shafie untuk bekerjasama dengan PBS adalah kerana beliau ingin menguatkan kedudukan Warisan di pDewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

 

Baca seterusnya di: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top