Kerjasama PH-BN di Sabah tidak mungkin menjadi kenyataan – Joniston

joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUCHING: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai, mengatakan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasiona (BN)l untuk pilihan raya Sabah akan datang adalah perkara yang tidak mungkin.

“Ini tidak mungkin kerana PH lebih cenderung untuk membentuk pakatan dengan GRS,” kata Joniston.

NST melaporkan Joniston berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelmarin mengenai kerjasama BN dan PH bagi menghadapi PRN tersebut.

“Jelas sekali, Zahid mahu kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan ditiru di Sabah,” tambah Joniston, yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Beliau menyatakan bahawa landskap politik Sabah yang unik menjadikan sebarang usaha pemimpin Semenanjung Malaysia untuk menentukan politik Sabah tidak boleh diterima.

Dalam pada itu Joniston berkata, jika Umno bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri Sabah yang ke-17, parti itu akan sukar untuk mendapat sambutan.

“Kebanyakan rakyat Sabah sudah cukup (serik) dengan Umno,” kata Joniston, yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, yang menyatakan bahawa Umno atau BN Sabah bersedia untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri jika tiada perjanjian kerjasama dicapai dengan parti-parti lain.

Jika kerjasama PH-BN terbukti berjaya, katanya, pendekatan yang sama boleh digunakan untuk bekerja dengan parti-parti gabungan lain.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top