Kerjasama parti komponen GRS diyakini mampu membawa kemenangan dalam pilihan raya akan datang

Gagasan-Rakyat-Paginatan.jpg

: Abidin (duduk tengah) dan Amisah (duduk empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir dalam program ramah mesra yang diadakan.

Kongsi Bersama

RANAU: Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Paginatan telah menganjurkan Program Ramah Mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang diadakan di Dewan Serbaguna Bersatu Marakau, baru-baru ini.

Program Ramah Mesra itu turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Paginatan serta Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan, Datuk Amisah Yassin.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Paginatan Jamian Abd Manan dalam ucapan meminta ahli terutama Biro Penerangan supaya memainkan peranan yang proaktif bagi menangkis segala tohmahan dan fitnah pihak tidak bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Peranan Biro Penerangan amat penting kerana ia bukan sahaja dapat menyalurkan maklumat yang tepat tetapi juga secara tidak langsung dapat memastikan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang dikongsikan melalui media sosial.

“Pembangkang sering menggunakan media sosial untuk menyebarkan khabar angin, oleh itu adalah penting bagi ahli-ahli khususnya Biro Penerangan tampil menepis khabar angin yang tidak betul agar rakyat tidak terkeliru dengan fitnah yang direka-reka.

“Selain menangkis apa-apa khabar angin, Biro Penerangan juga perlu memainkan peranan yang signifikan bagi memastikan parti bahagian itu bukan sahaja bertambah kuat tetapi juga berupaya mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang, ” katanya.

Jamian menambah khabar angin yang mengatakan itu ini tentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama sekali tidak betul kerana apa yang berlaku, bahagian itu telah menubuhkan satu pasukan ‘task force’ antara komponen parti GRS bagi berjuang bersama-sama termasuk persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Sementara itu Abidin yang juga Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Paginatan berkata, kehadirannya ke Program Ramah Mesra anjuran Gagasan Rakyat Paginatan membuktikan kerjasama diantara parti-parti dalam GRS amat baik dan bertentangan dengan apa yang dikatakan pembangkang.

Katanya, kerjasama diantara Gagasan Rakyat Paginatan dan STAR Paginatan adalah demi sebuah perjuangan bagi membela nasib rakyat di seluruh wilayah Sabah termasuk di kawasan Paginatan.

Abidin menambah bagi menguatkan lagi kerjasama STAR dengan Gagasan Rakyat Paginatan dan parti komponen lain dalam GRS, beliau akan berbincang dengan pimpinan bahagian GRS kawasan itu untuk memperhebatkan strategi-strategi dan lain-lain perkara demi memastikan ia memberi manfaat kepada rakyat.

Amisah pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan bahawa rakyat khususnya di Paginatan tidak akan mudah terpengaruh dengan khabar angin kerana pembangkang kebiasaan gemar menyebar fitnah disebabkan tidak mempunyai isu.

Namun dengan kekuatan GRS di Paginatan, beliau percaya rakyat akan terus memberikan sokongan yang padu kepada pucuk pimpinan bahagian kerana turut meyakini kerajaan negeri yang mentadbir Sabah ketika ini.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top