Kerjasama JaPen Sabah, KSTI Jayakan SMJ

jab-penerangan-ruddy-awah.jpg

Ruddy (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Nadzerah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah akan bekerjasama dengan Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI) dalam menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengarahnya, Nadzerah Abdullah menjelaskan jabatan tersebut akan memperhebat kaedah penyampaian maklumat kepada masyarakat akar umbi khususnya mengenai dasar serta hala tuju kerajaan Sabah untuk merealisasikan SMJ.

Selain itu, Nadzerah juga memaklumkan jabatan berkenaan komited membantu KSTI dalam mempromosi dan menyebarkan maklumat berkaitan sains dan inovasi agar menjadi aspirasi kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Beliau ditemui media selepas mengetuai rombongan jabatan terbabit dalam kunjungan ke pejabat Timbalan Menteri Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Seri Dr Ruddy Awah di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan, Isu Busmin Brahim; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Geraldine Voo Yee Wen; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Sulia Ak Gihang dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Razif Che Hashim.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top