KOTA KINABALU: Selepas Pemuda PBS mempelawa parti Warisan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komponennya yang kesembilan, Timbalan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan pula menyatakan keterbukaannya untuk GRS bekerjasama dengan parti pimpinan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal itu.
FMT dalam laporannya semalam memetik Kitingan sebagai berkata, kemungkinan (kerjasama) sentiasa ada kerana politik adalah ‘seni serba mungkin’.
“Parti tempatan sepatutnya bersatu. Jadikan kesatuan satu tanggungjawab,” kata Kitingan.
Menurut FMT, Kitingan yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan GRS bekerjasama dengan Warisan.
Dua hari lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata GRS telah menolak banyak pelawaan untuk membincangkan kerjasama dengan Warisan menjelang PRN akan datang.
Memetik Daily Express, bekas ketua menteri berkata, sukar untuk merealisasikan hak negeri bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika rakyat Sabah tidak bersatu.
Susula itu awal semalam, Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut) mencadangkan Warisan memohon secara rasmi menjadi komponen GRS.
Mandut, berkata jika Warisan memohon, ia akan dibawa kepada Majlis Tertinggi GRS untuk dibincangkan secara professional dan semangat keterbukaan