Kerjasama Dengan PBS: Warisan Tak Tutup Pintu, Telah Maklumkan Kepada Pairin

shafie-Pairin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mendedahkan beliau telah memaklumkan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai hasrat partinya bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Namun katanya, walaupun cenderung pada kerjasama itu namun Pairin bukan lagi presiden parti dan tidak berada dalam posisi boleh membuat keputusan.

“Dia mahu (kerjasama) cuma itu bukan tempat dia lagi dan saya hormat dia sebagai kawan lama jadi saya berhubung dengannya untuk bertanya khabar.

“Dia tidak ada kuasa, yang berkuasa ialah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dia (Pairin) cuma sebagai penasihat yang inginkan parti tempatan bergabung untuk membolehkan Sabah diselamatkan dan dijaga dengan baik,” kata Shafie.

Menurut Borneo Today, Shafie berkata demikian semasa Majlis Makan Malam ‘Reset’ Sabah kelmarin.

Laporan itu seterusnya menyebut penyandang kerusi Parlimen Semporna itu sebagai berkata Warisan tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan PBS bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shafie berkata, sekiranya PBS tidak ingin bekerjasama dengan Warisan sekalipun tapi, janganlah memanggil ahli Warisan sebagai pendatang tanpa izin (PTI).

“Kalau tolak pun…tolaklah tidak apa tapi, janganlah sebut parti kita PTI. Kita cuma bagitau kita mahu bersatu pasal kita sudah lihat mungkin Cina, kita ada sokongan.

“Di pantai timur pun kita ada sokongan dan saya melihat PBS itu parti masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) yang sudah pernah memerintah Sabah.

Menurut beliau, Warisan boleh bergabung dengan banyak parti tapi, bukan itu kemahuannya.

Beliau mahu melihat landasan yang sepatutnya agar dapat melihat hala tuju yang lebih baik. Jika perlu kerjasama dengan pemimpin lain biarlah pemimpin itu seorang yang baik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top