KOTA BELUD: Kerjasama itu adalah kekuatan untuk mencapai visi dan misi sesebuah perjuangan parti politik, kata Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Maka itu katanya, semua parti politik wajar membentuk kerjasama jitu untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang akan berkekalan demi kepetingan generasi akan datang.
Menurut Pandikar, USNO juga mahu terus mendapat sokongan dari parti parti yang lain untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.
Katanya, USNO juga mesti bersedia dengan segala kemungkinan termasuk menjadi pengasas kekuatan kerjasama, sehingga pilihan raya akan datang serta melakukan semak dan imbang kepada kerajaan yang sekali gus mengembalikan kredibiliti USNO di mata rakyat.
Selain itu katanya, semua ahli USNO mesti meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi masing-masing
“Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan politiking yang tak habis-habis, maka itu, saya perlu sokongan dari parti untuk naikkan semangat saya untuk perjuangan bersama,”kata Pandikar
Berita sepenuhnya di:sabah360online