Kerja Pembesaran, Mendalamkan Sungai Lumadan Untuk Atasi Banjir Dimulakan

haji-ruslan-1.jpg

Ruslan (tengah) sedang meninjau keadaan sungai Kg Lumadan bersama penduduk kampung.

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Kerja-kerja pembesaran dan mendalamkan Sungai Lumadan sebagai satu langkah untuk mengatasi banjir terutamanya di enam kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah dimulakan pada Khamis, 10 Februari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam, yang memaklumkan perkara itu, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort kerana menyegerakan pelaksanaan projek tersebut untuk menyelesaikan segera masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terkesan.

Katanya, pelaksanaan projek itu memberikan kelegaan kepada para penduduk terutamanya di Kg. Lumadan, Kg. Jaya Baru, Kg. Batu 6 ½, Kg. Limpotong, Kg. Ulu Bukau dan Kg. Tamalang Along.

“Projek ini dilaksanakan berikutan permintaan para penduduk di kampung-kampung tersebut pada penghujung tahun 2020 yang mahukan penyelesaian kepada masalah banjir yang sering berlaku mengakibatkan kerugian harta benda selama ini.

“Saya telah berbincang dengan JPS Beaufort bersama para pemimpin kampung untuk melawat sungai tersebut pada awal tahun lalu bagi mencari penyelesaian dan membuat cadangan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

“Alhamdulillah, kelmarin kerja-kerja pembesaran dan mendalamkan sungai tersebut telah dimulakan yang sudah pasti melegakan para penduduk di enam kampung tersebut kerana ini adalah untuk kesejahteraan mereka,” kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd dalam kenyataan media pada Jumaat. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top