Kerja-Kerja Penurapan Semula Jalan Raya KK-Sandakan Sektor Ranau Kini Dalam Pelaksanaan – Bung

Bung-Moktar-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penurapan semula jalan yang melibatkan Kota Kinabalu Sandakan di daerah Ranau iaitu di CH49:300 dan CH 51: 400 sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, pelaksanaan kerja-kerja penurapan tersebut berjalan lancar dan terkini kemajuannya mencapai lima puluh peratus.

“Kita menjangkakan ianya akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac ini,” katanya dalam hantaran di laman sosial Facebook kemarin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya kerajaan khususnya kementerian beliau amat cakna dan prihatin dengan rungutan pengguna sebelum ini mengenai kerosakan jalan di sektor tersebut.

“Pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap laluan ini telah mengambil tindakan sebagaimana arahan yang kita keluarkan sebelum ini,” tambah Bung.

Dalam perkembangan yang sama, Bung berkata penurapan jalan di daerah Telupid di CH 142.600 dijangka akan dimulakan pada pertengahan bulan Mac ini.

“Jalan ini juga mendapat rungutan dari para pengguna dan pihak konsesi yang dilantik telah mengambil maklum untuk mengambil tindakan menurapnya semula,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top