KOTA KINABALU: Kerja-kerja naik taraf kaki lima di kawasan Kampung Air, Sinsuran dan Segama di sini berjalan berjalan lancar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, kesemua kerja-kerja naik taraf berkenaan berjalan lancar sekali gus akan mengindahkan lagi suasana pemandangan di kawasan itu.
Ketika membuat tinjauan baru-baru ini, para peniaga di kawasan berkenaan menzahirkan penghargaan kepada Christina kerana berjaya naik taraf kawasan di sepanjang Jalan Perpaduan (Kg Air), Jalan Guamantong (Sinsuran) dan Jalan Sugut (Segama).
“Tiada lagi kaki lima yang pecah atau tidak rata yang menghalang pergerakan.
“Pejalan kaki kini boleh bergerak dengan mudah dari satu tempat ke tempat lain.
“Kerja-kerja pembaikan ini telah disiapkan menggunakan Dana ADUN Api-Api,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke kawasan berkenaan pada Jumaat. – Utusan Borneo