Keretakan Di Masjid Kg Sg Rotan, JKR Buat Pemeriksaan Lanjut

masjid-retak.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Sebuah masjid di Kampung Sungai Rotan, Kinabatangan dikesan mengalami keretakan di bahagian lantai dan dinding dan terpaksa ditutup kepada jemaah sehingga pemeriksaan lanjut dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 4.33 petang semalam.

Sepasukan anggota dari BBP Kinabatangan yang diketuainya bergegas ke lokasi di Masjid Al Hikmah yang terletak 7 kilometer dari balai.

“Berlaku keretakan pada dinding dan lantai di bangunan Masjid Al-Hikmah berukuran 10X10 kaki persegi. Terdapat limpahan air tangki berhampiran bangunan tersebut.

“Pasukan bomba memasang sawar-sawar pada bahagian yang mengalami keretakan dan memberi nasihat agar kawasan yang mengalami keretakan tidak digunakan sehingga pihak JKR membuat pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top