KOTA KINABALU: Empat buah kereta terbakar ketika pemiliknya menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya, Likas, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang diparkir di tepi jalan sebelum merebak ke kereta sedan berhampiran.
Beliau berkata pasukan sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2km dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.59 tengah hari.
“Sebaik tiba, pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan pancuran hos dari jentera bomba, dengan sumber air diambil dari tangki trak bomba,” katanya pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, Toyota Alphard mengalami kerosakan 90 peratus terbakar, manakala Proton Iriz 60 peratus, Proton Iswara 7 peratus, dan Proton Saga 5 peratus.
Tiada kecederaan dilaporkan dana pi berjaya dikawal pada jam 1.07 petang.
Api berjaya dikawal pada jam 1.07 petang, dengan MPV tersebut mengalami kerosakan sebanyak 90%,
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu sambil menyatakan bahawa operasi tersebut tamat pada jam 1.50 petang.