Kereta dihempap lori baja, dua beranak maut

xciden-sandakan.jpg

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas dihempap lori yang hilang kawalan di persimpangan Batu 25 Jalan Labuk. (Foto: Ihsan Bomba)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Dua beranak maut selepas kenderaan mereka dihempap sebuah lori yang hilang kawalan ketika berhenti di persimpangan Batu 25 Jalan Labuk, dekat sini, tengah hari semalam.

Menurut HMetro dalam kejadian jam 12.27 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pemandu Proton Iswara Aeroback berusia 36 tahun dan anak perempuannya berumur 12 tahun.

HMetro memetik Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek sebagai berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dinaiki tujuh sekeluarga yang bergerak dari arah Sandakan ke Beluran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan baja yang dipandu lelaki berumur 36 tahun bersama penumpang terdiri daripada isteri serta dua anak lelaki dipercayai hilang kawalan.

“Keadaan itu mengakibatkan lori tersebut terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan menghempap kereta dinaiki mangsa yang berhenti untuk memasuki simpang di kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Iswara Aeroback dan salah seorang anaknya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

“Pemandu lori berserta penumpang juga cuma mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Abdul Fuad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top