Kerana cinta campak dua anak keluar tingkap dari tingkat 15, sekarang padan muka dah dihukum bunuh!

Zhang-dan-Yee.jpg

Zhang dan Yee.

BEIJING: China pada Rabu melaksanakan hukuman mati ke atas sepasang kekasih yang melemparkan dua anak kecil dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Chongqing, barat daya China.

Dalam kes yang menimbulkan kemarahan di seluruh negara itu Zhang Bo dan Ye Chengchen didapati bertanggungjawab terhadap insiden kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan kanak-kanak lelaki berusia satu tahun yang maut akibat dicampak keluar melalui tingkap itu.

Kedua kanak-kanak itu merupakan anak Zhang.

Lelaki tersebut yang telah berkeluarga menjalin hubungan sulit dengan Ye, yang menyangka Zhang masih bujang.

Apabila mengetahui perkara sebenar Ye mendesak Zhang membunuh kedua-dua kanak-kanak malang itu kerana menganggapnya sebagai halangan terhadap perkahwinan yang mereka rancang.

Demi cinta kepada kekasihnya, Zhang yang sedang dalam proses menceraikan isterinya, bertindak mencampak anak-anaknya keluar tingkap.

Susulan kejadian yang berlaku pada November 2020 itu, Zhang dan Yi ditangkap. Mereka dijatuhkan hukuman mati pada Disember 2021, dan kelmarin, Rabu 31 Januari 2024, hukuman itu dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top