Kerajaan Umum Harga Siling RON95 Pada Harga RM2.05

ron95.jpg
Kongsi Bersama

Kerajaan mengumumkan harga siling bagi petrol RON95 dan diesel masing-masing dengan harga RM2.05 dan RM2.15 satu liter dalam inisiatif Pemerkasa.

Dalam taklimat khas bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan trend semasa, harga minyak dunia dijangka meningkat dan akan terus menyebabkan kenaikan pada harga runcit petrol dan diesel.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

“Kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai 3 bilion ringgit pada harga semasa.

Pemerkasa adalah inisiatif terbaru kerajaan bernilai RM20 bilion bagi bertujuan melonjakkan ekonomi dan meringkankan beban rakyat ketika berdepan kesan pandemik Covid-19.

Muhyiddin menjelaskan, nilai itu merangkumi suntikan fiskal baru kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Dalam taklimat yang sama, perdana menteri juga turut mengumumkan kerajaan akan menanggung subsidi yang tinggi ke atas produk gas cecair petroleum atau LPG.

Harga sebenar setong gas LPG bersaiz 14 kg di pasaran adalah sekitar RM50.

Namun, harga runcit ditetapkan pada paras RM26.60 setong.

“Kerajaan telah memberi subsidi hampir 50% bagi setiap tong LPG 14 kg yang digunakan oleh rakyat khususnya isi rumah.

“Kerajaan akan terus memberi subsidi berkenaan supaya harga barangan keperluan harian kekal berpatutan,” jelas beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top