Kerajaan Tidak Iktiraf Tuntutan, Prosiding Timbang Tara Waris Sultan Sulu – Wan Junaidi

Wan-Junaidi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang) berkata ia memandangkan lantikan penimbang tara yang dilantik, Dr Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

“Pada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr Stampa adalah terbatal.

“Mahkamah Madrid pada 13 Okt 2021 memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal (null and void),” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang meminta penjelasan kerajaan mengenai arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion (AS$14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.

 

– BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top