TANJUNG ARU : Kerajaan Sabah melalui UPPM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu hari ini menyerahkan 16 dari 18 buah lot tapak rumah baharu kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg Tanjung Aru di sini.
PPM Tg Aru Mohd Reduan Datuk Aklee berkata demikian dalam satu majlis ringkas bersama pemilik-pemilik lot berkenaan di Balairaya Kg Tg Aru Lama yang turut dihadiri oleh Armaizan Azami, Pegawai Jabatan Kesejahteraan Masyarakat DBKK dan dari Jabatan Arkitek Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Pada majlis itu, seramai 16 pemilik telah mendapatkan lot tanah masing-masing melalui cabutan undi manakala dua pemilik lagi akan melakukan hal yang sama di DBKK kemudian kelak kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum ini, Kerajaan Sabah melalui UPPM Tanjung Aru juga telah menyerahkan bantuan berupa berunti dan papan bagi tujuan pembinaan semula.
Menurut Armaizan, lot-lot berkenaan akan digazetkan sebagai hak milik para penerima dan ianya tidak boleh di jual-beli atau disewakan.
Bagaimanapun, pemilik boleh mewariskan hak pemilikan hanya kepada anak-anak atau suami {isteri} sahaja, jika tidak DBKK berhak menarik semula hak pemilikan berkenaan dengan serta-merta.