Kerajaan Sedia Bincang Dengan Sabah Percepat Pan Borneo

pan-borneo.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia berbincang dengan kerajaan Sabah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, yang persiapannya terlewat selepas pentadbiran lepas menamatkan rakan pelaksana projek (PDP).

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sudah pasti penamatan PDP itu menjejaskan perancangan atau pelaksanaan projek Pan Borneo.

“Dulu guna dua peruntukan iaitu peruntukan pembangunan dan dana infra. Sekarang dana infra dibatalkan dan hanya tinggal peruntukan pembangunan,” katanya di Dewan Rakyat, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Bung bertanyakan adakah Putrajaya berhasrat menurunkan kuasa kepada Kementerian Pembangunan Industri Sabah untuk menguruskan sendiri projek Pan Borneo, memandangkan kemajuannya setakat ini 16% hingga 18% sahaja, berbanding di 55% di Sarawak.

“Kita hasrat Pan Borneo ini dapat diselesaikan dalam 5 tahun ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top