Kerajaan Sabah sumbang kepala singa bernilai RM1.5 juta

Masidi-1.jpg

DSP Masidi (dua, kanan) pada majlis penyerahan kepala singa kepada masyarakat Tionghua Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024. (Kredit foto: FB YB Datuk James Ratib)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyumbangkan kepala singa bernilai RM1.5 juta kepada pelbagai kuil dan persatuan Cina di negeri itu bagi pasukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.

Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyampaikan kepala singa kepada kuil dan persatuan berkenaan di zon tengah Pantai Barat dalam satu majlis, di sini semalam.

Majlis itu adalah permulaan sumbangan berkenaan yang akan diadakan di sembilan zon di negeri ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Zon berkenaan ialah Beaufort/Sipitang, Kudat/Kota Marudu, Keningau, Tenom, Tawau/Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Ranau dan Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top