Kerajaan Sabah Komited Percepat Vaksinasi

IMG-20210902-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya berkata proses vaksinasi amat penting dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan virus Covid-19.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang situasi di hospital-hospital yang terlibat dengan pengurusan Covid 19 di Sabah.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai penggunaan katil di hospital-hospital berkenaan yang dalam keadaan maksima dan telah pun mendengar langkah-langkah perancangan dan persediaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghadapi situasi kritikal ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, kita bantu dan berusaha mempercepatkan proses imunisasi vaksin Covid-19 agar keadaan dapat segeta diredakan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah memberitahu bahawa pusat panggilan yang dipanggil sebagai ‘Home Monitoring Call Centre’ (HMCC) telah diwujudkan bagi memantau pesakit Covid-19 yang melaksanakan kuarantin kendiri di rumah.

“Ianya bertujuan untuk membantu pesakit-pesakit Covid-19 tahap 1 dan 2 yang tidak perlu ke hospital agar keadaan kesihatan mereka dapat dipantau dari masa ke semasa”

“Petugas-petugas yang membuat panggilan juga akan memberikan sokongan nasihat dan psikososial kepada pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah, ” jelasnya.

HMCC merupakan inisiatif bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA), sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Shahelmey berharap orang ramai memberi kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tampil menerima vaksin bagi mereka yang layak dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top