Kerajaan Sabah komited kekal persekitaran media yang adil dan saksama

CM-Hajiji-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited untuk mengekalkan persekitaran media yang adil dan saksama di Sabah selain memastikan semua suara boleh didengari dan pandangan dihormati.

Beliau berkata menghormati dan melindungi kebebasan media adalah tonggak penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

“Kerajaan negeri tetap teguh dalam hal ini, justeru kami akan terus menyokong Kinabalu Press Award tahunan untuk mempromosikan kecemerlangan kewartawanan serta menggalakkan dan mengiktiraf bakat baharu,” katanya.

Selain itu, berucap di majlis Kinabalu Press Award (KPA) 2024 di Hotel Hilton di sini malam tadi, Hajiji berkata pelaporan yang bertanggungjawab memberi impak kepada integriti laporan berita.

“Wartawan dan organisasi media mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard etika termasuk mengesahkan dan menyemak maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai serta memberikan liputan seimbang merangkumi semua perspektif.

“Ini akan memastikan laporan mereka kekal neutral dan objektif,” katanya sambil meluahkan rasa gembiranya melihat media di Sabah secara amnya telah menunjukkan sokongan dengan melaporkan semua agenda pembangunan kerajaan negeri semasa.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri berbangga untuk terus menjadi penaja utama KPA dan berharap dedikasi pengamal media terus berada di tahap tertinggi dalam melaporkan berita yang benar dan tepat.

Selain itu, Hajiji turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan yang terbaru, SMJ Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA dan berharap lebih banyak pihak akan mencontohi usaha menyokong industri media. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top