Kerajaan Sabah Komited Bangunkan Golongan OKU

shahelmey-OKU.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus komited membangunkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi menjamin hak dan keperluan golongan ini.

“Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) ini merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan masyarakat bagi kumpulan sasar kanak-kanak golongan OKU.

“Ini bagi memastikan kanak-kanak golongan OKU terutama yang kurang berkemampuan tetap mendapat hak dan keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan Penyerahan Bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan disini pada Selasa.

Shahelmey turut mengalu-alukan ibu bapa dan juga penjaga kanak-kanak OKU untuk menghantar anak mereka ke TDKKU bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan asas.

“Kita mengalu-alukan ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka yang OKU ke TDKKU ini.

“Ini agar mereka boleh dilatih untuk menjaga diri disamping diberi pendedahan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta perkhidmatan fisioterapi kepada kanak-kanak OKU yang memerlukan,” katanya.

Sebagai rekod, terdapat enam buah TDKKU di negeri Sabah iaitu di Sembulan, Sandakan, Tawau, Kudat Beaufort dan Lahad Datu.

TTDKU Sembulan mempunyai kapasiti untuk memuatkan 40 kanak-kanak OKU.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top