Kerajaan Sabah Hargai Pengorbanan Veteran ATM

Nizam-bekas-perajurit-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menghargai pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan dalam memperkasa, memartabat dan membela nasib kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia di Sabah.

“Justeru, permohonan perkampungan veteran, kenaikan geran tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah (PVATM), wisma pahlawan, peluang pekerjaan dan tanah, akan dipertimbangkan.

“Dalam masa sama, kerajaan negeri berharap PVATM dapat terus menyokong dan membantu kerajaan dalam membangunkan negeri bagi menjayakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan selama lima tahun bermula tahun ini,” katanya.

Terdahulu, teks ucapan Hajiji dibaca oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Yang Ke-39 PVATM Sabah di Dewan Saadah Wisma Muis, di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai pemilihan kepimpinan baharu PVATM dalam persidangan kali ini, Hajiji berharap pimpinan baharu dapat terus menjaga kebajikan ahli dan memberikan yang terbaik buat persatuan itu.

Pada majlis itu, turut disampaikan adalah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang dianugerahkan kepada Lokiam Gambir, Patrick Kanggoi, Japini Gunting, Mexentius J Abidin dan Maon Komat. – Penerangan


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top