Kerajaan Sabah alami defisit hampir RM1 bilion bagi baiki, selenggara jalan

reapir-jalan.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalami defisit hampir RM1 billion bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu semalam.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata pada tahun lepas kerajaan Persekutuan menyediakan RM625 juta sebagai geran dan kerajaan negeri menyalurkan caruman RM350 juta untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan laporan jalan raya negeri itu pada tahun lepas sepanjang 710 km jalan negeri adalah dalam keadaan yang teruk manakala 126 km lagi adalah dalam keadaan sangat kritikal.

“Pembaikkan ini sahaja dianggarkan memakan belanja kira-kira RM1.8 billion. Jadi dengan caruman dan geran yang ada, kita mempunyai defisit dalam mengatasi atau melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikamenggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin atas ucapan dasar kerajaan negeri melibatkan kementeriannya pada persidangan itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata kementeriannya akan memperkenalkan kaedah pengurusan sisa pepejal terkumpul dengan kaedah pirolisis secara percubaan.

“Ia dimulakan di Majlis Perbandaran Sandakan dan Majlis Daerah Papar dalam tempoh terdekat ini selaras dengan Dasar Kebangsaan yang menumpukan kepada peralihan pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran,” katanya menggulung perbahasan bagi kementeriannya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top