Kerajaan Sabah akan bantu komuniti Pala’u mengikut konvensyen PBB

Palau.jpg

Gambar fail BERNAMA.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan mengambil tindakan menyeluruh bagi membantu komuniti nomad laut Pala’u mengikut konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata komuniti ini, yang berpindah-randah di laut Sulawesi dan Sulu yang bersempadan dengan tiga negara – Malaysia kebanyakannya di pantai timur Sabah, Selatan Filipina dan Sulawesi Indonesia, dianggap tidal berkerakyatan.

“Mereka berbeza dengan pendatang tanpa izin kerana yang boleh dihantar pulang ke negara asal. Tetapi Pala’u adalah nomad dan tidak bernegara.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, di mana sahaja Pala’u berada, negara berkenaan mesti menjaga mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis graduasi Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia Timur 2024, di sini, pada Sabtu.

Hajiji menambah bahawa negeri ini mempunyai data biometrik anggaran 27,000 Pala’us di seluruh negeri.

Isu mengenai Pala’us telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Khamis lalu, di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai insiden di mana mereka dihalau keluar dari taman laut negeri di Semporna.

Mereka diminta pergi ke pulau lain di luar kawasan taman laut.

Pada mesyuarat itu Hajiji meminta ketua jabatan dan agensi kerajaan supaya menyelesaikan isu itu dengan pantas dan cekap.

“Kami tidak mahu isu ini berkembang lebih besar dan menjejaskan imej negeri dan negara di peringkat global,” kata beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top