Kerajaan PN Tidak Jatuh Walaupun MT UMNO Tarik Sokongan

pejabat-PMO.jpg
Kongsi Bersama

Tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik sokongan malam ini terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberi kesan dan akan menjatuhkan pentadbiran yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah langkah sama yang dilakukannya semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu, ia bagaimanapun tidak berjaya menumbangkan kerajaan PN waktu itu.

Sebaliknya, beberapa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO menyusul kemudiaan bertemu dengan Muhyiddin dengan menyatakan pendirian untuk tidak mengikut ketetapan semasa PAU 2020 tersebut dan kekal bersama dalam Kabinet.

Langkah tersebut sekaligus mematikan rancangan Zahid waktu itu yang mengharapkan sekurang-kurangnya seorang Menteri UMNO akan mengumumkan peletakan jawatan selepas ketetapan PAU tersebut.

Semasa PAU lalu, ketetapan yang diputuskan adalah menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas terbubarnya Parlimen.

Sokongan parti tidak akan dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan selagi ia mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) dan setakat ini tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri UMNO yang mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Untuk rekod, kerajaan PN ditubuhkan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang tahun lalu selepas Bersatu meninggalkan gabungan itu bersama-sama dengan sekumpulan bekas Ahli Parlimen PKR.

35 Ahli Parlimen UMNO antara yang menyokong penubuhan kerajaan PN dan berikrar menyokong Muhyiddin sebagai PM waktu itu.

Jika tanggapan mengatakan keputusan MT UMNO malam ini akan mengakibatkan kerajaan PN akan jatuh adalah tidak tepat sama sekali kerana Kabinet masih berfungsi dan pentadbiran kerajaan masih berjalan seperti biasa.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapa dibuat semasa PAU 2020 tetapi dengan lebih keras menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Pada April lalu, Agenda Daily mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang membuat pakatan sulit dan berbincang strategi politik semasa PAU.

Perbualan antara mereka itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan rancangan khususnya untuk menggunakan MT UMNO bagi menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Hari ini terbukti, cita-cita dan rancangan kedua-dua mereka terhasil apabila MT UMNO membuat ketetapan yang seakan sama dengan yang mereka rancangkan sebelum ini. – Agenda Daily

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top