Kerajaan Persekutuan, Sabah masing-masing raih hasil petroleum RM23 bilion sejak 1976 – PMO

minyaksabah-1.jpg

Gambar hiasan,

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata, Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, Sabah juga menerima hasil cukai jualan daripada Petronas berjumlah lebih kurang RM3 bilion, selari dengan perlaksanaan cukai itu dari tahun 2020,” katanya.

Jawapan PMO itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah hasil jualan petroleum yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dan Petronas daripada hasil minyak bumi atau lautan Sabah setiap tahun bermula 1976 sehingga sekarang. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top