Kerajaan perlu tangani isu kemiskinan digital, infrastruktur asas di Sabah

bobbey-suan.jpg

Datuk Bobbey Suan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi fokus kepada penyelesaian menghadapi cabaran kemiskinan digital di Sabah.

Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan berkata menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan perlu harus mengambil langkah strategik berikutan transformasi digital semakin penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang memerlukan tindak balas komprehensif.

Beliau turut memuji perlaksanaan RMK-12 khususnya dalam isu digital dan teknologi sejajar dengan proses negara beralih sepenuhnya ke arah penggunaan teknologi digital.

“Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang bakal dilancarkan untuk melahirkan murid berkemahiran digital dalam era Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Madani melalui inisiatif Akademi dalam Industri (AiI) akan menyediakan dana khusus berjumlah RM209 juta bagi membantu belia menceburkan diri dalam sektor pembuatan.

“Kerajaan perlu sedar berkenaan keadaan infrastruktur yang masih kurang memuaskan di Sabah yang akan merencatkan pelaksanaannya kelak,” katanya ketika membahas Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 di Dewan Negara.

Bobbey berkata latihan dan pendidikan literasi digital harus disuburkan, budaya e-commerce atau e-dagang boleh dikembangkan melalui dorongan pengembangan dan distribusi penggiat digital seperti pendidikan secara atas talian, informasi kesihatan serta peluang perniagaan yang terbuka.

Menurutnya, usaha ini tidak hanya memperkaya pengetahuan masyarakat, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

“Penglibatan pihak swasta juga dapat membantu mempercepat penyelesaian dengan merangsang firma digital dalam penyediaan pelan akses internet dengan mendirikan pusat teknologi digital yang memberikan akses dan latihan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau juga memohon penjelasan pihak kerajaan berkenaan keupayaan infrastruktur digital dibawah program Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang membolehkan liputan meluas jalur lebar di kawasan berpenduduk dalam RMK-12.

“Saya difahamkan infrastruktur digital baharu di 382 tapak akan disediakan dan sebanyak 781 Points of Presence (POP) sedang dilancarkan di Sabah, tetapi sehingga hari ini masih banyak kawasan yang tidak dapat mengakses rangkaian Internet, sedangkan infrastruktur ini diperlukan bagi membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan dan kawasan komersial mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

“Inisiatif ini penting khususnya dalam menjayakan agenda merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar, daripada 0.57 pada 2022 kepada 0.67 pada 2025, saya mohon agar kementerian yang diamanahkan agar dapat merealisasikan inisiatif murni dengan kadar segera”, katanya.

Menyentuh intrastruktur asas di Sabah, Bobbey berkata, Isu keperluan asas di Sabah juga perlu dititikberatkan kerana kurangnya infrastruktur asas akan menyebabkan kelembapan proses pergerakan ekonomi.

Katanya isu keciciran pendidikan dan kesihatan luar bandar seharusnya sudah dinoktahkan pada dekad ini, jika negara mahu menjadi juara khidmat sosial dalam kalangan kerajaan yang ada di Asia Tenggara.

Sehubungan itu beliau mahu projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah khususnya di Sabah dapat disegerakan.

“Setakat ini, kita dimaklumkan sebanyak 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek di Sabah.

“Menteri Kewangan juga menjanjikan sebuah Pusat Darah Wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak, ini ditambah lagi dengan pelaksanaan 1200 projek naik taraf klinik daif di seluruh negara.

“Saya berharap projek baharu untuk membina pusat pendidikan dan kesihatan khususnya di kawasan yang sukar diakses seperti kawasan hutan pedalaman dan pulau di wilayah Sabah yang masih tidak memiliki sekolah dan klinik,” katanya.

Dalam usaha menuju pembangunan makmur, inklusif dan mampan, Bobbey percaya dengan kebijakan yang dirancang dan pelaksanaan yang telus dalam kerajaan dapat direlisasi.

Katanya Sabah khususnya sentiasa komited untuk bekerjasama bagi memastikan aspirasi rakyat yang mahukan kemajuan setara dengan wilayah dan negeri lain dalam Malaysia akan tercapai.

RMKe-12 sudah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan masih mempunyai baki pelaksanaan sebanyak dua tahun lagi.

Bobbey berharap agar segala pelaksanaan untuk negara bagi RMK-12 dapat dijadikan kenyataan dengan kadar segara. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top