Kerajaan Perlu Tambah Jumlah PPRT – Abidin

PPRT.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir berharap agar kerajaan menambah jumlah peruntukan PPRT di negeri ini untuk tahun hadapan.

“Maklum balas rakyat khususnya di kawasan saya menunjukkan keperluan rumah PPRT semakin meningkat setiap tahun. Sebagai wakil rakyat di sini, saya berharap kerajaan mendengar suara rakyat.

“Bagi Paginatan, sebanyak 10 buah PPRT diberikan untuk tahun ini, berbanding sebanyak 500 permohonan dari penduduk.

Malangnya jumlah itu sahaja menunjukkan ramai yang belum dapat dipenuhi permintaan mereka.

“Justeru, kita menggesa kerajaan memandang serius perkara ini dan menambah peruntukan untuk PPRT supaya penduduk kampung yang memerlukan dapat menikmati rumah kediaman yang lebih baik,” katanya.

Abidin bercakap kepada media selepas menyerahkan rumah PPRT kepada seorang penduduk kampung, KK Edwin Kasiun di Kg Gana-Gana Ranau pada Ahad.

Rumah yang menelan belanja RM63,000 itu dibina menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan di atas semua peruntukan untuk PPRT di sini.

“Tidak dinafikan bahawa pemberian rumah PPRT adalah hadiah yang mengubah hidup penduduk kampung yang miskin di kawasan ini, dan itu menjadikan hal ini lebih mendesak untuk dipertimbangkan oleh pihak berkuasa berkenaan,” kata Abidin.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top