Kerajaan Negeri Teruskan Pelbagai Bantuan Pendidikan

bantuan-bakti.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Demi memperkasakan bidang pendidikan di Sabah, di samping meringankan beban ibu bapa dan penjaga, Kerajaan GRS meneruskan pelbagai inisiatif berupa bantuan pendidikan bagi tahun 2022.

Antara program-program bantuan yang seiring dengan matlamat Sabah Maju Jaya itu ialah Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK).

Selain itu kerajaan negeri turut memperuntukkan Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) dan menyediakan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mengharumkan nama Sabah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Tanggungjawab melaksanakan program-program bantuan itu diamanahkan kepada Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif tersebut dan kaedah permohonan boleh didapati di: https://mttk.sabah.gov.my/


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top