Kerajaan Negeri Terima Dividen RM113.3 Juta

hajiji-dividen.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima dividen berjumlah RM113, 266, 306.35 juta daripada 12 Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) bagi tahun 2021, meningkat 12.92 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dividen yang dibayar oleh badan berkanun itu berjumlah RM20,243,636 juta, iaitu daripada Lembaga Pelabuhan Sabah (RM2,743,636 juta) dan Sabah Credit Corporation (RM17.5 juta).

Sejumlah RM93,022,670.35 juta dividen diterima daripada GLC negeri iaitu Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM10 juta), Progressive Insurance Berhad (RM6,645,375 juta), Sawit Kinabalu Berhad (RM9,997,500 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM5 juta), Petronas Dagangan Berhad (RM170,000), Tongod Plantation Sdn Bhd (RM1.02 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2,130,177.51 juta), Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM1,977,973.84 juta), Tabin Wildlife Sdn Bhd (RM81,644), Saham Sabah Berhad (RM1 juta), Sabah Development Berhad (RM40 juta) dan Qhazanah Sabah Sdn Bhd (RM15 juta).

Qhazanah Sabah turut menyampaikan tambahan RM5 juta di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Kerajaan Negeri turut menerima sumbangan RM1 juta daripada Koperasi Kemajuan Luar Bandar (KPD) yang mengisytiharkan keuntungan berdasarkan prestasi anak-anak syarikatnya tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar menyerahkan cek olok-olok berjumlah RM87,869,819.82 juta daripada anak syarikat Yayasan Sabah ICSB kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang merupakan ahli lembaga pengarah.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Arif dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top