Kerajaan Negeri Serius Bangunkan Projek ‘Sky Train’ – Bung Moktar

IMG-20210416-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited untuk membangunkan projek “ Sky Train” dalam usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam di bandar raya Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya ada perancangan yang teliti selain peruntukan kewangan untuk melaksanakanya.

“Setakat ini memang ada beberapa pelabur tempatan dan juga dari luar negara seperti China yang menyatakan minat untuk membangunkan projek ini secara Inisiatif Pembiayaan Swsata (PFI), ” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat cadangan dari gabungan tiga buah syarikat tempatan dan luar negara yang berminat memajukan projek tersebut di bilik mesyuarat Jabatan Kerja Raya, Sembulan dekat sini baru-baru ini.

Gabungan tiga syarikat tersebut ialah Guancai (M) Sdn Bhd, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd dan Vizione Deveploment Sdn Bhd.

Dalam pada itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya meminta ketiga-tiga syrikat tersebut memperkemaskinikan cadangan dengan mengadakan perbincangan yang lebih terperinci bersama agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah ,Jabatan Tanah Ukur, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Dewan Bandaraya dan lain-lain sebelum cadangan tersebut dikemukakan kepada kabinet .

“Banyak perkara perlu dibincangkan dan diperhalusi terutamanya yang melibatkan isu pengambilan tanah dan sebagainya,” katanya.

Bung berkata apabila projek ini dapat direalisasikan ia akan dapat mengubah landskap pembangunan di Kota Kinabalu selain dapat mengatasi isu ketidakcekapan pengangkutan awam serta kesesakan lalu lintas.

Selain itu, jika terlaksana projek Sky Train ini akan menjadi tarikan baharu dalam sektor pelancongan.

“ Kita perlu terus meningkatkan usaha menarik pelaburan luar untuk membantu membangunkan negeri ini dimana dengan kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan, ” katanya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top