Kerajaan Negeri Perlu Segera Selesaikan Masalah Gangguan Bekalan Air, Elektrik

Jimmy-Lai.jpg

Jimmy

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha perkilangan negeri ini menggesa kerajaan memberikan keutamaan terhadap penyelesaian masalah kekurangan bekalan air serta elektrik.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Jimmy Lai berkata, kedua-dua kemudahan asas itu sangat penting bagi menjayakan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Ia juga membolehkan para usahawan dapat bergerak selari dengan kerajaan khususnya rancangan terbabit.

“Sehingga hari ini, dari semasa ke semasa masih terdapat beberapa kawasan perumahan, perindustrian utama berhadapan dengan masalah elektrik.

“Walaupun kerajaan negeri sudah bertukar beberapa kali, namun masalah ini masih tidak dapat diatasi sehingga ramai pengusaha termasuk badan bukan kerajaan sering membuat aduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, Central Industrial Park di sini khususnya sehingga beberapa hari lalu masih mengalami masalah bekalan air bersih.

Katanya, bekalan air hanya disalurkan pada waktu pagi dan berkurangan apabila tiba pada tengahari. Tekanan air yang tidak kuat telah menyebabkan banyak aktiviti perniagaan terjejas.

“Ramai pengusaha sudah menyimpan bekalan air tetapi ianya masih tidak mencukupi dan tidak ketahui bila masalah air dapat diatasi.

“Usaha kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan di Sabah adalah sangat baik, bagaimanapun, sekiranya kemudahan asas tidak diberikan perhatian sewajarnya, siapa yang sanggup untuk mewujudkan kilang atau premis perniagaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

Oleh itu katanya, bagi menarik pelabur untuk datang ke Sabah, kerajaan negeri perlu terdahulu sediakan kemudahan asas yang mampan.

Katanya, kerajaan perlu faham keperluan mendesak terhadap bekalan elektrik dan air berterusan tanpa gangguan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top