Kerajaan Negeri Pastikan Hak-Hak Sabah Dalam MA63 Ditunaikan

Hajiji-Meeting-Majlis-Khas-MA63.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited untuk memastikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuangkan sehingga ditunaikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah juga akan memastikan perbincangan yang diadakan akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Katanya, ia bagi memastikan rakyat dan negeri ini akan dapat menikmati pembangunan yang lebih banyak.

“Satu mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Bilangan 3 Tahun 2021 telah diadakan secara maya hari ini.

“Pelbagai perkara telah kami sentuh dalam mesyuarat kali ini terutamanya berhubung isu-isu kedudukan Sabah dan Sarawak yang perlu diselesaikan dengan segera.

“Sabah turut meletakkan harapan yang amat besar untuk mengembalikan hak-hak rakyat negeri ini sepertimana yang telah termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan serta berharap agar tuntutan Sabah dan Sarawak dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya di sini pada Isnin.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Hajiji berkata, mandat yang diamanahkan akan disempurnakan demi tanah tumpah negeri Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top