Kerajaan negeri Melaka bakal tumbang?

KM-Melaka-Sulaiman.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa, demikian lapor Utusan Malaysia.

Ini berikutan empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Utusan Malaysia turut melaporkan bahawa pihaknya difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Jika ini benar, bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (gambar) bakal kehilangan tampuk pemerintahan.

Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Jika empat ADUN tersebut melompat, ia bermakna PH akan mempunyai majoriti 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memerintah.

 

Baca seterusnya di sinI;


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top